Popular Posts

Sunday 27 November 2011

Pendidikan Kesihatan

1. Pengenalan
Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau mengunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komunikasi (Grout,19680

2. Tujuan Pendidikan Kesihatan

Pendidikan yang dihasilkan daripada aspek sosiologi, psikologi, psikologi pendidikan dan sains tingkah laku mempunyai tujuan berikut:
i.  Bagi mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan.
ii. Bagi menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan menbekalkan pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh mengubah tingkah laku kesihatan.
iii.Bagi menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini, dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
iv. Bagi memajukan keadaan kesihatan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.

No comments:

Post a Comment