Popular Posts

Sunday 27 November 2011

Makro Pengajaran - Permainan Bola Baling

Kemahiran - Jaringan Lompat Bola Baling

Klik:
https://docs.google.com/open?id=0B_07UNi0hR73MDY2NDczZGUtYzQ4NC00ODJkLTk2NGUtOWVlZTM0ODcwYmJm

Pendidikan Kesihatan

1. Pengenalan
Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau mengunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komunikasi (Grout,19680

2. Tujuan Pendidikan Kesihatan

Pendidikan yang dihasilkan daripada aspek sosiologi, psikologi, psikologi pendidikan dan sains tingkah laku mempunyai tujuan berikut:
i.  Bagi mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan.
ii. Bagi menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan menbekalkan pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh mengubah tingkah laku kesihatan.
iii.Bagi menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini, dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
iv. Bagi memajukan keadaan kesihatan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.

Pendidikan Jasmani

1. Apa Itu Pendidikan Jasmani

Jeny(1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa walaupun pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal.Matlamat pendidikan ialah mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

2. Tujuan Dan Matlamat Pendidikan Jasmani

i.  Bagi menolong indidvidu mencapai pembangunan indidvidu-individu yang optimum dan menberi sumbangan  kepada masyarakat.
ii. Membangun kemahiran motor yang sesuai, bermula dengan kemahiran motor asas, menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitikberatkan sukan seumur hidup
iii. Menbangun dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan mengajar mengapa   kecergasan adalah penting dan bagaimana ia mempengaruhi senaman